Thursday, July 25, 2019

Masjid Bagan Nyiur,Juru


Hari ni sy bergerak ke Juru..
Masjid ni bersih yg utama bagi sy..
.
Parking pula luas dan ruang masjid yg bersih serta ada air cond ...sejukkkkk
.
Tmpt bersih dan sejuk memang best nak solat..
Paling penting time kita nak duduk lama utk bersama time kuliah..
.
Skrng alhamdulillah sbb tak perlu bersusah pergi kuliah tmpt jauh sbb boleh dikatakan banyak surau dan masjid berhampiran rumah kita pasti ada aktiviti dan kuliah di masjid..
.
Rugi kalau kita tak hadir sbb kuliah di masjid free tanpa bayaran cuma kalau kita rasa hadir di tmpt yg baik disusuli dgn aktiviti sedekah seikhlas hati pasti kita akan dirahmati oleh Allah..
.
Usia hujung hujung waktu kalau dpt hadir ditaman syurga adalah waktu yg terbaik utk kita buat bekalan akhirat kelak...insha Allah.
.
Paling best kalau kita mulakan dari usia muda bersama keluarga sudah pasti kita akan lebih berkasih sayang yg lebih erat antara keluarga..
.
Hadir bersama ke tmpt yg dirahmati lebih baik drpd tmpt yg tak diredhoi Allah..
.
Apa pun kita cuba mencari tmpt yg baik dan buat perkara baik sebaik mungkin..
Nak tunggu hidayah semata mata rugilah kita..
.
Berapa ramai yg mencari hidayah Allah kekadang sehingga berbelas tahun dan lebih..
Jika tak mencari maka ia tak akan datang sendiri..
.
Seperti mana kita hendak makan ttpi kita tidak sebut apa yg nak kita makan pastinyalah kita akan berada ditmpt tersebut tanpa makan apa apa sbb kita sendiri tidak menyebut apa yg kita mahu makan...
.
Mencari itu lebih baik seperti berusaha itu lebih baik drpd menunggu..
.
Masjid ni istimewa sbb ala kampung dan suasana yg tenang dikelilingi dgn bukit sejuk mata memandang..
.
Singgahlah disini sbb kita akan rasa indah bila ketmpt yg Allah suka..

No comments:

Post a Comment